Sunday, November 15, 2015

5 Tempat Terbaik Untuk Anda Kunjungi di Cameron Highland

Unknown
Peta Laluan Cameron Highland

Permandangan Agro Technology Park

Permandangan Pokok Hiasan



Agro Technology Park Mardi Cameron Highland

Sekiranya pergi ke cameron highlands pasti anda terbayangkan ladang teh yang menghijau.Agro technology park merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi menjalankan kajian terhadap tumbuh tumbuhan seperti pokok teh dan pokok bunga. Ladang berkeluasan 42 hektar ini di kawal selia oleh MARDI ( Malaysian Agricultural Research And Development Institute).

Kajian Tanaman Buah Limau



Buah Anggur Ranum



Kobis Segar




Ladang ini terbahagi kepada 6 taman iaitu taman inggeris, taman herba,taman orkid, taman ros dan pusat penyelidikan dan maklumat.Terdapat 40 jenis spesis ros,10 strawberi, 100 jenis buah limau, 6 jenis pokok hiasan, 4 jenis epal , pear dan tomato yang tumbuh di dalam Agro Technology Park ini.

Ladang ini asalnya di buka oleh BRITISH pada tahun 1926 sebagai tempat isterirehat pegawai dan gabenor mereka. Kemudian pada tahun 1980 , ladang ini di jual kepada pihak MARDI. Jasa Datuk Dr Effendi Norwawi menukarkan pusat kajian MARDI kepada konsep taman agro teknologi dapat menarik minat pelancong untuk menikmati keindahan cameron highlands.

Add caption
Peta Tanah Rata

Peta Agro Teknologi Park




Harga Tiket :
Dewasa : RM 5
Kanak  : RM 3

Masa :
Isnin - Khamis:
8AM- 12.45PM 2PM- 5PM

Jumaat
8AM - 12.30PM 2.30PM-5PM

Sabtu - Ahad
8AM - 5PM

Tutup
(Raya aidilfitri dan Aidiladha)

Kaunter Informasi:

- Pelancong boleh mendapatkan maklumat berkenaan pusat agro teknologi. Terdapat juga maklumat berkaitan teknologi terkini dalam industri tumbuh tumbuhan.

Pusat Jualan :

- Pelancong boleh membeli hasil segar daripada ladang seperti pokok bunga dan buah buahan.

Nurseri bunga :

- Di sini pelancong boleh menikmati keindahan panorama tanaman bunga. Terdapat juga jualan pokok bunga segar yang boleh di pilih untuk bawa pulang sebagai cenderahati.

- Kafeteria

Air minuman tea yang sangat segar, jus buahan dan berbagai makanan ringan boleh di dapati di dalam kafeteria ini pada harga berpatutan.

-Kemudahan Tempat Mesyuarat

Ruang mesyuarat atau seminar ini mampu menampung seramai 100 orang pengunjung pada satu satu masa.

-Trek pejalan kaki

Trek ini terdiri daripada 3 trek utama dan melalui 7 taman yang terdapat di agro teknologi park. Penghujung trek ini akan berakhir di kaki gunung berembun.


Alamat :
JKR266, Jln Persiaran Endah, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands

Tel: 05-4911255
Fax: 05-4912170
Website: agromedia.mardi.gov.my
E-mail:  wawy@mardi.gov.my l mseth@mardi.gov.my


Simpang Masuk Sungai Palas Tea Centre

Boh Tea Centre

Kilang Boh

Mesin Kilang Boh



Ladang Teh BOH sg palas


Ladang teh ini di buka oleh seorang ahli perniagaan di zaman penjajahan british iaitu J.A. Russel pada tahun 1929.

Pada masa ini, Syarikat BOH mempunyai 3 ladang teh utama iaitu di habu,sungai palas tea garden, dan fairlie tea garden. Untuk memastikan penghasilan teh ini segar daripada ladang, syarikat BOH plantations telah membina kilang pembungkusan dekat ladang utama.

Perjalanan untuk sampai ke Boh tea plantation agak mencabar kerana jalan nya yang selekoh, jurang dan sempit.Syarikat ini mempunyai 8000 ekar tanah yang di tanam pokok teh dan ia merupakan ladang terbesar di asia tenggara.

Pusat teh sungai palas ini buka setiap hari pada jam 9AM - 4.30PM kecuali hari isnin.

Kemudahan pemandu pelancong di sediakan di kilang ini setiap 30 minit bagi memudahkan anda.Sesi lawatan ini akan memberi anda menikmati pengalaman baru tentang proses membuat serbuk teh. Antara proses tersebut ialah mengasing dan mengeringkan daun teh.



Peta laluan ke Cactus Valley


Cactus Valley

cactus valley ini terletak berhampiran dengan Brinchang.Terdapat berbagai jenis tumbuhan di valley cactus antaranya roses, calla lily impatiens, fuchsia ananas, camellia, hibiscus, rhododendron, bird of paradise, glory bush, clivia miniata, peaches,hippeastrum, geranium,coleus,gerbera,oncidium.

Harga Tiket :
Dewasa : RM 4
Kanak - Kanak : RM 2

Waktu :
8AM  - 6PM Setiap Hari

Cactus Valley
Pekan lama, 39100 Brinchang,
Cameron Highlands
TEL: + 605-4915640 / 605-4915641
FAX: + 605-4915109 / 605-498194

-Big Red Strawberry Farm
Nama lain Big Red Strawberry Farm ialah Taman Agro Perlancongan Cameron Highlands yang terletak sebelah cactus valley. Untuk kemudahan hotel anda boleh menginap di bandar Brinchang. Tempat penginapan yang berdekatn ialah Hotel Star Regency Hotel yang terletak 500 Meter daripada Big Strawberry Farm.

Harga Tiket :
FREE !!

Waktu operasi :
8.30 AM - 5.30PM setiap hari

aktiviti menarik :
-Mengutip buah strawberri
-Ladang Tomato
- Berbagai jenis orkid dan kaktus
- Kafe Strawberry
- Kedai cenderahati
 

Aktiviti Menarik di Big Red Strawberry Farm
Peta ke Big Red Strawberry Farm

Menu Menarik di Big Red Strawberry Farm



Big Red Strawberry Farm

Brinchang, Cameron Highland, Pahang.

Tel: +605-4913327
Email: brstrawberryfarm@yahoo.com


-Kebun pokok bunga lavender
Kebun yang di buka pada tahun 2013 ini memberi pengalaman seperti mana berada di dalam kereta yang di kayakan dengan haruman ambi pur perisa lavender. Di sini anda dapat mengenali rupa sebenar tumbuhan lavender.

 Jangan terkejut harga pokok ini di jual serendah RM 15 setiap pokok.Bagi yang sudah berkeluarga boleh lah hadiahkan ahli keluarga, mak, kakak, atau adik dengan pokok ini.Bukan selalu anda perlu keluarkan duit untuk membeli pokok bunga.hihi.


Ada pasangan pengantin tidak melepaskan peluang untuk membuat pre wedding photo shoot. Bagi anda yang kekeringan idea untuk pre wedding photoshot boleh lah mencuba di taman lavender ini. Pasti kenangan manis ini tersemat di dalam memori anda.

Selain pokok lavender, terdapat juga tumbuahn lain seperti mawar, bunga daisy ( marjerin .. makan dengan roti kaya sedap ) dan pokok kemelia. Pokok pokok ini hanya tumbuh di cameron highland sahaja.

Setelah penat berjalan, boleh lah anda berehat dan mencuba aiskrim berperisa lavender .
Harga Tiket :
Dewasa - RM 5
Kanak kanak - RM 3

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat :9AM - 6PM
Sabtu - Ahad : 9AM - 7PM


Kedai di Kea Farm

Kea Farm


Kea Farm di Brinchang

Kea farm merupakan tempat untuk anda membeli belah hasil segar di bumi cameron highlands. Lokasi kea farm terletak 3 KM daripada utara Bandar Brinchang dan 3Km sebelum Bandar Tringkap.Kea Farm menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong pada hujung minggu.


Kebanyakan penjual merupakan peladang di cameron highland. Antara jualan yang terdapat di Kea Farm ialah sayuran, jagung, strawberry, bunga, cenderamata dan lain - lain lagi.

About the Author

Unknown / Author & Editor

My name is Siti. I love blogging

0 comments:

Post a Comment