Tuesday, September 29, 2015

7 Destinasi Percutian di Shah Alam Wajib Anda Lawati

Unknown

Shah Alam merupakan ibu negeri  dan bandar raya termaju di malaysia.Bandar Raya ini mempunyai keunikan tersendiri  yang menarik berbagai lapisan masyarakat untuk datang sama ada melawat atau bekerja di sini. Ekonominya yang stabil dan peluang pekerjaan yang sentiasa ada membuatkan bandar raya ini menjadi tumpuan golongan belia.

Terdapat banyak tempat perlancongan yang boleh di kunjungi di bandar shah alam. Antara tempat perlancongan  tersebut ialah  masjid sultan aziz shah, i-city, dan macam – macam lagi. Lebih 70% daripada tempat perlancongan ini masih mengekalkan konsep kehijauan alam semulajadi yang mana dapat memberi anda sekeluarga ketenangan seketika daripada hiruk pikuk ibu kota.

Berikut merupakan tempat – tempat menarik  yang menjadi pilihan saya :


Masjid Sultan Aziz Shah

Masjid Sultan Aziz Shah


  1.                Menikmati dan menghayati pemandangan seni bina Masjid Sultan Aziz Shah merupakan aktiviti yang dapat membuat diri kita kagum akan kecanggihan seni bina islam.Masjid ini mampu memuatkan 24 000 jemaah pada satu satu masa. Nama lain masjid ini ialah Masjid Biru. Masjid ini  yang mula di bina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada mac 1988.Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di malaysia dan kedua terbesar di asia tenggara selepas Masjid Istiqlal jakarta indonesia. Lokasi masjid ini dikelilingi  tasik dan  taman riadah  membuat suasana nya tenang dan mendamaikan.

Pemandangan Muzium Sultan Alam Shah


Peralatan Seni Musik

Pedang Samurai yang digunakan untuk Pancung



2.          Seni budaya adat resam di negeri Selangor dapat di pelajari dengan berkunjung ke Muzium Sultan Alam Shah . Dalam muzium ni terdapat lebih 3000 artifak yang tersusun rapi di dalam  5 balai pameran iaitu balai sukan, balai Islam, balai sejarah, balai kebudayaan dan balai warisan alam semulajadi.Muzium ini merupakan muzium yang di rasmikan oleh Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada tahun 1989.



Denai Alam Riding and Recreational Club


Kolam renang sesuai untuk kanak - kanak

Kuda yang sedar tidur 

Gelanggang latihan kuda

Paintball Denai Alam





3.       Ingin melakukan aktiviti yang menyihatkan  tubuh badan dan mengeluarkan peluh? Destinasi  seterusnya yang mesti anda lawati ialah Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC). DARC  mempunyai  berbagai aktiviti menarik yang mampu membuat kelenjar adrenalin anda aktif seperti menunggang kuda, memanah, ‘fencing’ lawan pedang , paintball dan motorcross. Kuda di sini sangat terlatih dan berdisplin membuatkan ibu bapa tidak khuatir membenarkan anak – anak mereka menunggang kuda  sambil di temani penjaga kuda.

  








4.       Tak sah kalau bercuti tak ambil gambar gambar menarik untuk di jadikan kenangan? Jom pergi ke Laman Seni Syeksyen 7 Shah Alam .Anda boleh bergambar sepuas puasanya bagi menunjukkan anda telah sampai di laman seni ini.Laman seni ini terletak di belakang  lorong restoran  tutti frutti dan berhadapan dengan bangunan baazar roshni.


Jakel Shah Alam




  5.       Singgah di syeksyen 7 shah alam jangan lupa untuk membeli belah di  Jakel , Gulatis dan pelbagai butik pakaian yang amat meriah.Terdapat banyak pilihan kain dan pakaian yang  berkualiti tinggi dapat anda beli di sini. Kebiasaanya, lokasi untuk jualan lelong atau murah akan berada di sebelah ruang masuk parking baazar roshni .  

  



Peta I city Shah Alam

water park I city




   6.     Taman cahaya yang  terkenal dengan lampu LED beraneka warna ini terletak di ICITY shah alam. Taman cahaya ini di bina dengan 1 juta lampu LED .Hasil penataan cahaya lampu LED  ini berjaya menghasilkan suasana yang menyeronokkan. Taman cahaya ini sering jadi tumpuan pelancong untuk bergambar  dan berselfie.



 Tarikan lain yang  menarik pengunjung ke icity ialah  Snowalk, Water World, Fun World, Trick Art Museum, House of Horror, Space Misson, Red Carpet.

About the Author

Unknown / Author & Editor

My name is Siti. I love blogging

1 comments: