Thursday, October 22, 2015

3 Lokasi Asam Pedas Terbaik di Melaka

Unknown
        Negeri Melaka merupakan negeri bersejarah yang mendapat pengiktirafan UNESCO pada 7 Julai 2008.Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan kepada usaha kerajaan negeri dan rakyat melaka dalam menaikkan nilai sejarah negeri melaka.Kehebatan sejarah  melaka sehingga bahasa melayu di angkat menjadi lingua franca ( bahasa pengantara) semasa berdagang di melaka. Sungguh kaya sejarah negeri melaka .

         Singgah di negeri Melaka tak sah kalau tak makan asam pedas. Antara tempat terbaik untuk menikmati asam pedas di melaka ialah :



Asam Pedas Claypot


         Asam pedas claypot merupakan sajian yang terkenal dalam kalangan penggemar asam pedas di negeri melaka. asam pedas ini disediakan dalam bekas hidangan claypot.Rasa asam pedas ini yang kurang pedas dan pekat membuatkan penggemar asam pedas gemar menghirup kuahnya.

         Servis di restoran ini amat berdisplin. Hidangan makanan yang di pesan terhidang di atas meja sepantas  5 minit. Bagi anda yang inginkan layanan terbaik bolehlah datang menjamu selera di sini.

Alamat : NO.118 Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksmana, 75200, Melaka.

No.hp : 012-3673737/ 0126158297
waktu operasi : 12PM - 6PM
url fanpage : https://www.facebook.com/Kota-Laksamana-Asam-Pedas-Claypot-Melaka-285043058131/

Asam Pedas Malinja


Roti Terbang Malinja

Selebriti faisal hot FM bersama penebar roti terbang Malinja



       Asam pedas malinja tempat yang wajib anda menjamu selera sekiranya berkunjung ke melaka.Restoran asam pedas malinja ini di miliki oleh en.omar. Perniagaan ini di asaskan oleh beliau pada tahun 1994 dengan membuka warung kecil di tepi jalan bertemankan kereta tolak.

       Lokasi restoran asam pedas ini terletak di sebelah Hotel Strait Meredian. Menu utama di sini ialah roti canai terbang cicah asam pedas tetel. Penebar roti canai iaitu en. Amir Hamzah merupakan juara roti terbang malaysia musim pertama. Kelincahan en. amir menebar roti canai telah berjaya menarik pelanggan untuk mencuba menu roti canai terbang.

url facebook : https://www.facebook.com/pages/Asam-Pedas-Malinja-Bukit-Baru/113244405421216?fref=ts


Review daripada selebriti


       Asam pedas di pasar borong melaka ini  terletak di pasar borong batu berendam melaka. Asam pedas ini dibuka pada jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam.   Masakan asam pedas di sini dijamin terbaik dan segar . Sekiranya anda lalu kawasan batu berendam jangan lupa singgah kawasan sini .

no.handphone : 0143223194
url Facebook : https://www.facebook.com/pages/Asam-PedasPasar-Borong-Melaka/195054657234182






About the Author

Unknown / Author & Editor

My name is Siti. I love blogging

0 comments:

Post a Comment