Monday, October 5, 2015

9 Tips ini Akan Buat Hati Anda Tenang Semasa Melancong

Unknown





1.   Membayar  segala bil air ,elektrik, telefon dan internet bagi mengelakkan perkhidmatan  tersebut di potong. Sediakan lebihan bajet untuk bayaran perkhidmatan bil  agar anda tidak perlu bimbang memikirkan bil perkhidmatan yang tertunggak.


2.    Muat turun applikasi GPS (Global Positioning System) yang boleh berfungsi  tanpa internet bagi  mengelakkan anda sesat semasa melancong akibat  talian internet kurang stabil. Contoh aplikasi GPS befungsi secara offline ialah MapFactor GPS, GPS Navigation & Maps Sygic dan Navmii GPS world.







3.   Membawa extension wire,multi plug adapter dan power bank bagi memudahkan anda charge bateri telefon pintar,laptop dan kamera.Plug luar negara tidak sama dengan plug  di negara malaysia.Bercuti di negara musim sejuk kebiasaannya akan membuat bateri alat elektronik mudah habis.Justeru itu, jangan hampakan diri anda melancong tanpa gambar kenangan.



4.   Cetak e-tiket,salinan pasport, resit pembayaran, tiket kapal terbang,hotel,kereta api, tempahan hotel dan tiket amusemant park sebagai salinan bukti anda telah buat bayaran.Mungkin anda telah simpan gambar e-tiket dalam handphone, nak jadi cerita handphone kehabisan bateri ,rosak atau jatuh dan pihak imigresen pula mahu melihat tiket . Sudah tentu percutian anda menjadi kelam kabut atau terpaksa di batalkan pada minit terakhir. Beringat sebelum terkena. Tambahan pula kos mencetak di lapangan terbang memang sangat mahal walaupun sekeping tiket.





5.   Catat dan simpan nombor telefon kedutaan malaysia di negara yang kita melancong. Nombor telefon ini amat penting untuk kita hubungi sekiranya berlaku kejadiaan yang tidak di ingini seperti kemalangan, kematian, atau jenayah.

Penutup khas untuk pergi ke tandas


6.     Bawa botol air portable atau boleh di lipat ke mana sahaja. Botol ini sangat berguna apabila anda pergi ke tandas kerana rata rata tandas di luar jenis  tandas  kering. Botol air portable ini menggantikan paip air yang tidak disediakan dalam tandas.


Contoh Pasport

7.    Perbaharui passport anda sekiranya tempoh sah passport tidak sampai 6 bulan. Kebiasaanya pasport yang kurang daripada 6 bulan akan di tahan pihak imigresin. Kemudahan UTC yang menempatkan hampir ke semua agensi kerajaan amat memudahkan anda membuat passport atau perbaharui passport.



8.    Elakkan menukar matawang asing di lapangan terbang kerana harga bid we sell lebih tinggi berbanding pengurup wang di luar lapangan terbang. Kebiasaannya pengurup wang yang tiada franchise lebih rendah harga bid we sell. Ini dapat memberi anda lebih nilai matawang asing.



9.   Bawa sekurang kurangnya dua kad kredit sebagai penyelamat aktiviti shopping anda. Kadang kadang ada kad tidak boleh di swipe atas masalah teknikal maka kad lagi satu ada sebagai bantuan anda semasa kecemasan.


About the Author

Unknown / Author & Editor

My name is Siti. I love blogging

0 comments:

Post a Comment