Bandar Tentera Darat |
1. Bercuti di port
dickscon jangan lupa singgah ke bandar tentera darat. Bandar ini mendapat nama
sempena pengiktirafan dan penghargaan terhadap jasa tentera darat berjuang mempertahankan dan menjaga kedaulatan negara.
Muzium Tentera Darat |
Dalam bandar ini terdapat Muzium Tentera Darat.Sejarah kepahlawanan pejuang tanah air dapat di hayati melalui kunjungan ke muzium ini . Susun atur sejarah era zaman kesultanan
melaka sehingga ke era penubuhan askar melayu dapat di hayati semasa berada dalam muzium.
Pesawat Tempur dan Helikopter yang Real! |
Lorong Komunis di bawah Muzium |
Kenderaan tentera
berbagai jenis seperti pesawat pejuang,
kereta api, kereta kebal, senjata api
dapat menambah lagi ilmu dan pengalaman anda tentang fungsi kenderaan dan keperluan logistik tentera darat.
2. Ingin mencuba sesuatu yang baru? Jom ke PD Ostrich Farm.
Taman ini terletak batu 9 Port Dickson berdekatan politeknik Port Dickson. Bagi
penggemar haiwan reptilia boleh lah berkenalan dengan haiwan di sini seperti
burung merak, sesumpah, tupai dan lain –
lain lagi.
Harga Tiket |
Aktiviti Pijak Telur Burung Unta |
Banyak aktiviti yang sangat menyeronokkan
dapat di lakukan di sini. Antara aktiviti aktiviti tersebut ialah menunggang burung unta,
berdiri atas telur burung unta, memberi makan pada burung unta dan haiwan lain.
Harga Menu Burung Unta |
Kemudahan kafeteria turut di sediakan
di sini. Sekiranya anda lapar dan ingin mencuba sesuatu yang baru, boleh cuba
menu Satay burung unta. Daging nya enak, manis
cuma liat sedikit berbanding daging lembu.
Fakta: sebiji telur
burung unta bersamaan 28 biji telur ayam
3. Sudah singgah ke
port dickson jangan lepaskan peluang
berkunjung ke Alive 3D art Gallery. Rumah kedai di hias dengan suntikan seni 3 Demensi ini berjaya menjadi tarikan
kepada pengunjung . Lukisan 3D ini
mewujudkan suasana seolah olah lukisan hidup.
Lukisan 3D ini banyak menampilkan berbagai watak dan lokasi
yang membuat mata kita hampir hampir terpedaya dengan lukisan itu.
4. Pantai Teluk
Kemang adalah pantai terkenal yang menjadi tumpuan pelancong asing dan
pelancong tempatan datang bercuti pada hujung minggu. Pantai ini panjang 1.8 KM
terletak antara batu 7 dan batu 8 jalan
port dickson.
Pelbagai aktiviti
yang menarik dapat di lakukan di sekitar pantai ini. Antara aktiviti menarik
yang dapat dilakukan ialah berenang, menaiki bot pisang, menunggang jet ski,
berkayak dan lain – lain lagi.
Bot Pisang
Bot Sofa |
Harga bot
pisang – RM 15
Harga bot sofa
– RM 20
5. Hutan Rekreasi
Tanjung Tuan dan Rumah Api Tanjung Tuan
Blue Lagoon yang terletak berhampiran Ilham beach resort port dickson
mengandungi keunikan tersendiri . Rumah api ini di bina pada tahun 1817 oleh
pihak belanda bagi mengawal perairan selat melaka. Panorama yang cukup unik
iaitu pertemuan selat melaka dan lautan sumatera dapat anda lihat di sini.
Rumah api ini juga menjadi tempat persinggahan migrasi burung burung iaitu
sekitar 350 ribu ekor setahun.
6. PD water front merupakan kawasan pembangunan terancang yang
di bangunkan bertujuan merangsang ekonomi bandar port dickson. PD water front
mengandungi 3 fasa pembangunan. Fasa
pertama yang sudah siap ini menempatkan
kedai makan ekslusif bertaraf antarabangsa seperti mc donald, domino, star
buck, pak hailam dan kings.
Tempat ini sesuai
untuk anda menjamu selera bersama keluarga setelah penat mandi di pantai.
Sambil menjamu selera anda boleh menikmati angin segar yang tiup sepoi sepoi bahasa.
0 comments:
Post a Comment