Tuesday, October 13, 2015

6 Lokasi Untuk Anda Kenal Sejarah Kota Melaka

Unknown
   Kota  Melaka ialah negeri yang kaya dengan sejarah silamnya. Pahlawan melaka 5 bersaudara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Kasturi dan Hang Lekir merupakan  ikon kepahlawanan di negeri ini. Kota ini pernah menjadi pusat perdagangan utama dunia pada pertengahan abad ke 15.Kepesatan dan kemakmuran perdagangan di kota ini telah mengangkat bahasa melayu sebagai "lingua franca" iaitu bahasa komunikasi antara pedangang pedangang di dunia.

   Sejarah kehebatan kota melaka ini dapat di lihat melalui tempat tempat bersejarah yang di perlihara kerajaan negeri. Antara tempat bersejarah yang mesti anda lawati di kota melaka ini :
 
Pintu gerbang A'Famosa


Ruang Makam Pahlawan Portugis

A famosa

 Kota a'famosa merupakan sebuah kota yang di bina oleh Alfonso Albuquerque pada 25hb Julai tahun 1511 untuk menangkis serangan balas tentera tentera melaka. Kekuatan kota ini terletak pada rekaan 5 penjuru di sekeliling kota setinggi bangunan 5 tingkat. Setiap penjuru mempunyai meriam berkuasa tinggi. Kota ini kebal terhadap serangan selama 130 tahun (1511- 1641)


   Pada tahun 1641,musibah menimpa portugis. Penyakit malaria dan kebuluran melanda dalam kota a'famosa. Kecerdikan belanda menyekat laluan kapal ke melaka selama 6 bulan menyebabkan tiada bantuan dapat di salurkan ke kota a'famosa.

   Tanggal 16 januari 1641 portugis menyerah kalah kepada belanda.


                Seni bina bangunan Belanda  Stadthuys


Permandangan di sekitar bangunan stadthyus


The Stadthyus

Stadthyus dalam bahasa belanda membawa maksud sebagai dewan perbandaran.  Bangunan yang di cat dengan warna merah dan kaya dengan seni bina belanda ini merupakan kediaman rasmi Gabenor belanda dan pegawai-pegawainya.

 Lokasi bangunan bersejarah ini terletak bersebelahan  gereja christ di jalan laksamana .Keaslian seni bina bangunan ini telah dipelihara dan menempatkan muzium sejarah, galeri laksmana cheng ho, muzium sastera serta muzium pemerintahan demokrasi






Bukit China

Bukit cina terdiri daripada 5 buah bukit iaitu Bukit Tempurung, Bukit Cina, Bukit Tinggi, Bukit Tengah dan Bukit Gedong.Namun begitu hanya Bukit cina sahaja lebih dikenali dalam sejarah.

  Sejarah melayu menyebut bahawa maharaja cina ingin merapatkan hubungan dengan empayar kota melaka melalui rombongan anaknya Puteri Hang Li Po bersama 500 orang dayang untuk di nikahkan dengan Sultan Mansor Shah (1457 -1477).

   Sambutan terhadap rombongan china ini begitu meriah sekali.Oleh kerana rombongan ini terlalu ramai maka timbul satu masalah untuk penempatan mereka.Masalah ini berjaya di atasi apabila Tun Perak memberi buah fikiran sebuah bukit digunakan sebagai penempatan rombongan china. Sejak itu bukit ini dinamakan bukit china.

    Sultan Mansor Shah menghadiahkan sebuah bukit ( Bukit St. Paul ) sebagai kediaman isterinya.



Permandangan Perigi Puteri Hang Li Po



Perigi Raja atau Perigi Hang Li Po


Perigi Hang Li Poh ( Perigi Raja)

Perigi hang li poh atau nama lain perigi raja terletak sebelah Sam Po Kong Temple di lereng Bukit China.Sultan Mansur Shah telah memberi arahan untuk menggali sebuah perigi sebagai kemudahan kepada isteri baginda.

Fakta perigi ini :
- Perigi ini tidak pernah kering dan menjadi punca air semasa musim kemarau
- Pada Tahun 1551, Askar Johor meracun air perigi hang li poh bagi memerangi askar portugis. Seramai 200 Askar portugis kehilangan nyawa.
- Pada tahun 1606, Askar belanda meracun air perigi
- Pada tahun 1628 dan 1629 Askar Acheh meracun perigi ini


Setelah belanda berjaya menakluki kota melaka pada 16 januari 1641, mereka membina kota kecil lengkap dengan peralatan meriam di sekeliling kota bagi mengelakkan perigi ini di racun musuh.







Perigi Hang Tuah

Hang tuah merupakan pahlawan melaka yang hidup se zaman dengan Sultan Mansur Shah. Hang tuah telah dikurniakan gelaran Laksmana berikutan keberanian, kesetiaan  dan kegagahan beliau.

 Menurut cerita orang kampung, perigi ini masih di huni roh hang tuah. Bagi mereka yang warak dan beriman, di percayai dapat melihat jelmaan roh sebagai buaya putih. Lokasi perigi ini terletak di Kampung Duyong Melaka.



Meriam mengawal keselamatan Belanda daripada serangan Bugis









Kota St. John

Kota St.John terletak bersebelahan bukit St paul. Nama bukit St.John ialah Bukit Senjuang.

Fakta Kota St. John :
- Pada tahun 1628, bukit senjuang ini telah digunakan tentera aceh sebagai pusat
menyerang garisan pertahanan portugis di bukit cina.Lokasi yang strategik ini telah membawa kejayaan dengan memusanahkan barian dan juga rumah rahib di bukit cina.
- Tentera belanda juga pernah menggunakan bukit senjuang ini untuk menyerang dan menakluk kota a'famosa namun gagal sehingga pada tahun 1641. Setelah berjaya menaklum melaka, tentera belanda mendirikan kota st.john bagi mengelakkan ancaman daripada musuh terutama tentera bugis.Senjata meriam berkuasa tinggi dan boleh laras di gunakan tentera belanda di sepanjang kota st.john
- Terdapat 5 jenis meriam yang menjaga kota St. John.Antaranya ialah :
 *Demi canon firing
 *Culverin
 *Cloclsgenjis
 *Doorgraynda
 *Wide mouthed
- Menurut cerita orang lama, terdapat lorong rahsia yang wujud antara kota st.john menuju ke Kota st. paul. Namun sehingga  kini lorong tersebut masih belum di jumpai.

        Sejarah kota melaka ini boleh kita ambil tauladan dan pengajaran. Sentiasa hargai keamanan yang kita kecapi. Wujudkan suasana aman bagi mengelakkan musuh yang tak di undang mahupun musuh dalam selimut mendapat ruang untuk merosakkan keamanan ini









About the Author

Unknown / Author & Editor

My name is Siti. I love blogging

0 comments:

Post a Comment